Wikipedia

Search results

Wednesday, June 08, 2016

Work as A Student


Jawatan Kosong: 
Pelajar

Skop Kerja:
1. Belajar, berlatih dan mengulangkaji untuk kepentingan diri sendiri
2. Berkerjasama dengan rakan sekerja
3. Menjalankan tugas yang diberi pensyarah dari masa ke semasa
4. Menjalankan tugas untuk anak syarikat yang lain secara serentak. Tapi jangan bimbang kerana gaji turut dibayar oleh anak syarikat tersebut.

Waktu Pejabat:
Pekerja diwajibkan hadir mengikut Jadual Kuliah yang ditetapkan.

Gaji:
Ilmu pengetahuan dan kemahiran (Dibayar 2 kali seminggu)

Tangga gaji:

A, B, C, D, E

Prosidur Kenaikan Gaji:
1. Lulus ujian temuduga samada lisan/bertulis
2. Menghantar biodata tugasan mengikut format tertentu
3. Membuat persembahan secara kreatif

Nota:
Semoga semua pelajar berusaha menjadi pekerja yang amanah dan cemerlang.

Wednesday, December 19, 2012

Good Thing About Programmer

Normal programmers always do mistakes but they don't sleep until they have fixed them all.
They don't RUN only after all mistakes have been taken care.
(Otherwise, NetBeans will shout at them if clicking the RUN button when there are mistakes)


But for beginners, they always tend to RUN although there are lots of mistakes/error... However, the good thing about them is they don't feel fear of doing mistakes and always ignore the Netbeans's shout message... and believe me an expert is somebody who has done all the mistakes.

Monday, October 08, 2012

Teamword

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat na

nti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah MEMAKI seseorang, MENUDUH seseorang, MEMAKAN harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)


"Aku tidak pernah berzina, tidak minum arak, solat cukup 5 waktu, tidak derhaka kepada ibu bapa. Mana ada buat dosa, kenapa perlu aku bertaubat....akan tetapi... biasa tak kita bercakap psl orang lain kepada orang lain, mungkin kepada pasangan atau kawan2 kita. Semoga Allah mengampuni kita dengan memperbanyakkan bersikap lapang dada (redha) dan sentiasa memberi kemaafan."


Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
 



Tuesday, September 25, 2012

Communication Skills in Programming

Kemahiran komunikasi lemah di kalangan programmer??? Blh rujuk slide ini jika ingin meningkatkan kemahiran anda... Hanya programmer shj yg ada kemahiran ini.

http://www.slideshare.net/suhailansafei/communication-skills-in-programming 

Sunday, June 24, 2012

Ikhlas Menolong

Bila kita ikhlas bersedekah sebanyak RM100, kita tak rasa marah/dengki pun kalau orang lain hanya menyumbang RM1 sahaja. Tapi apabila kita buat 100 kerja, kita akan rasa marah kalau orang lain hanya buat 1 kerja je. Ikhlaskan kerja kita, berbaik sangka dan bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk meringankan beban orang lain. Moga2 Allah memudahkan kita di dunia dan di akhirat.

Dari Abu Hurai
rah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. "

Sunday, April 22, 2012

Love our mum

Sayangilah bonda kita semua...

Sunday, March 20, 2011

Collaboration Meeting with Malaysia IHL, Univ. of Thaksin and Univ. of Songkhla



Univ. Prince of Songkhla - Meeting
Univ. Prince of Songkhla
University of Thaksin
University of Thaksin - Meeting
UUM - ICT Curriculum/Syllabus checking among Public IHL for student's mobility
In front of Lee Garden Hotel, Hatyai, Thailand - Pulut Mempelam/Udang Celup Tepung (UCT)

Bengkel Penyemakan Kesetaraan Kursus IPT ,   07-11 Mac 2011, 
(Anjuran Universiti Utara Malaysia   Universiti Utara Malaysia )


Friday, November 12, 2010

Seminar Pembangunan Perisian 2/2010 (FYP-SMSKPP Batch 2)

To all my beloved students,

I would appreciate if everyone of you can post any ideas/comments/feedback/opinions/suggestions/unsatisfactions regarding your Final Year Projects.

If you have any issues/comments such as the field of topics, marks criteria, supervisors,
panels, seminar's execution, and etc., please contribute some input for me to be brought forward to the faculty's FYP post-mortem meeting on Sunday, 14 November 2010, 11am.

Kalau ada nak jawab soalan2 panel yang tidak sempat terjawab pada tempohari pun boleh jawab di sini.
 
(5 minutes is more than enough)

Thursday, April 24, 2008

Understand or Understanding....

Memahami dan faham adalah dua istilah yang berbeza dari segi makna. Faham itu merujuk kepada diri sendiri yang dapat mengerti apa yang disampaikan. Berlainan memahami, ia merujuk kepada kemahiran individu bukan sekadar mengerti apa yang disampaikan, tetapi juga mengerti kenapa ia disampaikan yang mana akhirnya dapat menghidupkan suatu penghayatan dalam diri seseorang.

Seorang pelajar yang faham subjek yang diajar boleh menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Tapi seorang pelajar yang memahami subjek yang diajar bukan sekadar boleh menjawab dengan mudah, tapi ditambah dengan hubungkait serta analisa kes, yang seterusnya melahirkan kebolehan mengaplikasi subjek tersebut di dalam kehidupan.

Seorang pengajar yang faham tentang sesuatu subjek hanya boleh menyampaikan apa yang ada, namun seorang pengajar yang memahami tentang sesuatu subjek boleh mengulas, menghurai, menghayati dan mengaitkan subjek tersebut dengan kehidupan.

Seorang pekerja yang faham boleh melakukan kerja mengikut arahan, tapi seorang pekerja yang memahami dapat melaksanakan kerja tanpa perlu arahan.

Orang yang faham belum tentu akan melaksanakan tugas, tapi orang yang memahami akan sentiasa melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas.


Oleh itu, sekiranya kita sudah merasakan diri kita sudah faham, cuba lah memahami pula. Insya allah, hidup akan jadi lebih "hidup".